Sunday, August 24, 2014

RESEPI : SUP AYAM




...tekak terasa nak makan sup ayam...
ok la buat sup ayam...daun sup memang dah ada dalam peti ais...
buat lama dah cuma baru berkesempatan nak update entri ni...
bahan-bahan simple je...tp memang bab platting ni out..haha..janji sedap sudaa....

BAHAN-BAHAN

  • ayam sebelah
  • air 1000ml (kalau pandai bajet lagi bagus la)
  • bawang merah 3 ulas (dihiris)
  • bawang putih 3 ulas (dihiris)
  • bawang besar 1 biji (belah 4)
  • halia 1 inci (diketuk)
  • kentang 2 biji (belah 8) - ikut suka anda nak buat belahan byk mana...
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • lada hitam 2 sudu (ditumbuk)
  • cili padi 4 biji (optional - kalau nak pedasla)
  • pati kiub ayam (knor @ maggi)
  • carrot (optional)
  • daun sup beserta akar sup (pokok sup)
CARA-CARA


mula sekali tumiskan bawang merah,bawang putih,lada hitam,kulit kayu manis,bunga lawang dan halia..
yang kelihatan hijau tu cili..tumiskan sekali..tumis sampai agak garing dan naik bau..api slow je..


kemudian masukkan ayam,gaulkan dengan tumisan tadi biar sampai sebati..boleh tambah sikit air supaya ayam cepat serap rempah sup..

nampak kan warna ayam bila dah betul-betul sebati dengan tumisan tadi..sekarang masukkan akar daun sup dan bawang merah yang telah dibelah 4..teruskan menggaul k.
bila dah terbau akar sup tu boleh terus ke next step..

masukkan air supaya separuh dari sukatan 1000ml td..kacau seketika..
masa ni nak kuatkan sikit api pon boleh tapi jangan garang sgt api tu..


dah boleh masukkan kentang..kiter memang suka belah kecik-kecik sebab mudah masak..tak perlu nak tunggu lama..bila dah masukkan kentang..kacau sekejap..lepastu biarkan sampai kentang empuk..nak tau mcm mna kentang empuk..ambik garpu cucuk kat kentang tu..


kalau rasa air kurang boleh terus habiskan baki air tadi..
kalau malas nak tabur daun sup tu...simpulkan daun sup dan bubuh la dalam kuah sup ketika ni...
perasakan dengan garam dan pati kiub ayam..biar la sampai mendidih dan naik bau..


ok lepas tu  bila dah masak dan naik bau aroma sup yang mavelosssss....boleh la hidang...
sedapnyeee....







4 comments:

  1. sup ayam sedapp..makan dengan sambal kicap..perrgghh !

    ReplyDelete
  2. memang terangkat kalo makan dgn sambal kicap sebab dalam sup tu pon dah dicampak lada hitam....mau berkenangan terindah sampai terangkat melayan kepedasannya..hahaha

    ReplyDelete
  3. Seriously, my favorite dish. Simple dan sedap! Lagi2 hirup kuah sup. Heaven! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...simple2 ni yg dicari time demam...hehe..
      Btw,tq singgah blog sy.

      Delete

thanks for comment yeahhh...<3 u