Sunday, February 1, 2015

SCAN 4D MURAH DI KL / SELANGOR

assalamualaikum reader yang tak dikenali mahupun yang dikenali..hehe


Alhamdulillah perut mak buyong dah mencecah 27weeks di akhir trimester kedua...kiranya minggu depan bermula hari-hari menempuhi trimester ketiga..

kali ni mak buyong nak share sikit tentang scan 3D & 4D yang murah la kiranya dengan harga RM120 di area Klang Valley..sekarang rate scan ni pun boleh mencecah harga dari RM200-250 tau...sembarangan kau!!
memang la ada setengah tempat tu boleh dapatkan dengan harga RM80-100 tp kebanyakan area bangi,serdang,puchong...kalau dah rumah pon jauh mcm saya ni..nak pulak canggah ke sana semata-mata nak dapatkan scan 4D yang murah sangat la tak berbaloi..sebabnya minyak dan tol lagi nak spent..

pernah dengar pasal sonographer MISS JEZZLYN yang servisnya memang terbaik..detail dia bagitau kita tentang baby dalam perut bila tengah scan...
hehehe..

mak buyong pon suka gugel nak cari scan yang murah dan detail..so banyak jugak la jumpa nama MISS JEZZLYN ni dalam blog-blog mommy..pendek kata memang highly recommended la..jangan risau la sebab bukan sorang je sonographer yang buat scan 3D&4D kt selected area..ada ramai lagi sonographer so mak buyong sekalian yang nak buat scan 4D ni boleh pilih nak sonographer yang mana satu mengikut jadual mereka..masa booking online nanti scroll bawah tengok jadual dieorang dulu ye...
yang bestnya bila berurusan untuk dapatkan scan 4D yang terbaik melalui mereka,jika tak dapat nak snap gambar muka baby dikira FOC tau...kecuali di  Shah Alam..

camna nak dapatkan khidmat MISS JEZZLYN ni...haaa..kena booking online..better seminggu sebelum appoinment..page ni atas nama 3D 4D SCAN MALAYSIA

web : http://3d-4d-scan-malaysia.com/3d-4d-scan-malaysia-weekly-schedule/
fb : http://www.facebook.com/pages/3D-4D-scan-Malaysia/120155484710450

kalau nak cancel appoinment pun ada caranya..semua nanti akan diberitahu dalam e-mail ok..bukan boleh main bantai je cancel suka hati.
tak ada deposit yang dikenakan semasa booking.

ok..mak buyong nak bagi list ni untuk mudahkan yang lain tengok jadual sonographer pilihan ikut tempat masing-masing semasa booking..

KL/SELANGOR (KLANG VALLEY)

setiap Isnin : 
Miss Celynn - PUCHONG JAYA

setiap Selasa :
Miss Celynn - BANGI
Miss Jezzlyn - KOTA DAMANSARA/SG.BULOH

setiap Rabu :
Miss Jezzlyn - AMPANG
Miss Celynn - PUCHONG

setiap Khamis :
Miss Jezzlyn - SERI KEMBANGAN
Miss Celynn - PUCHONG

setiap Jumaat :
Miss Celynn - AMPANG
Miss Jezzlyn - KOTA DAMANSARA/SG.BULOH

setiap Sabtu :
Miss Jezzlyn - AMPANG
Miss Celynn - KLANG
Mr Rex - KEPONG
Miss Lavinia - KOTA DAMANSARA/SG.BULOH

setiap Ahad :
Miss Jezzlyn - SHAH ALAM
Miss Celynn - BANGI
Miss Shanice - KOTA DAMANSARA/SG.BULOH 9-1pm
Miss Deborah - KOTA DAMANSARA/SG.BULOH 2-7pm

untuk scan 3D/4D ni,setiap sesi just ambik masa dalam 20 minit je..tapi penerangan memang detail la..kat sini ada pakej-pakej yang dah ditawarkan,so pilih la yang pakej RM120 untuk scan 3D/4D..
Tapi ingat ye..sentiasa update kat fb 3D 4D SCAN MALAYSIA ni sebab takut sonographer yang kita nak tu tak dapat ambik case kita sebab ada hal ke apa akan digantikan dengan mana-mana sonographer yang available...kang dok excited nak scan dengan MISS JEZZLYN tetiba MISS CELYNN yang muncul...jangan dok buat pelik..kalau nak jugak MISS JEZZLYN korang boleh tukar tarikh appoinment mengikut polisi yang telah dihantar ke e-mail korang ye..

ok cukup dah kot mak buyong nak share pasal scan bagai nih..

BYE..SEE U ON NEXT ENTRI...