Sunday, August 31, 2014

JUJU...MISS U SO MUCH..

ni la wajah kesayanganku...bernama juju..dulu juju ada kawan macam dia nama shiro..tapi dah mati..sungguh pendek umur shiro...sebegitu cepat dia tinggalkan juju...dah hampir setahun shiro pergi..tapi ku masih tak boleh lupa shiro...juju pulak jadi semakin manja..
Tapi apakan daya manja mommy...mommy terpaksa bawak kamu balik ke kampung..tinggal di sana..supaya kamu lebih bebas..tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali..mommy tak mahu nasib kamu macam shiro..mommy dah serik sayang...

Seronok bila tengok juju sangat lincah bila di kampung..habis pokok dipanjat..tapi kelakar sebab dia tak pandai turun lepas tu...melalak la atas pokok sampai sapa2 ambik dia bawak turun...haha..juju..juju...
Segala burung dalam sangkar pasti bakl jadi sasaran dia walau setinggi mana sangkar tu...mau ke tuan burung tak naik hantu kat juju...haha..nakal manja mommy..
Kalau lipas ke cicak ke katak ke atau apa-apa binatang kecik lalu depan mata...confirm tak bernyawa  la binatang tu...agresif jugak juju ni...tapi cuba dia bergaduh dengan kucing lain..dia la yang cabut lari dulu...lari masuk rumah sembunyi bawah katil...haha..hero tak berapa nak jantan sangat la...haha
Sepanjang juju kat kampung..ayah dan adikku la jaga juju..untung ada family yang suka kucing tapi tidak my mom..hehe..tapu juju ni kucing yang paling tak banyak kerenah bila dok dalam umah...kalau mak tengah lap pinggan ke...lap daun pisang ke...mesti dia akan bertenggek depan mak..tengok apa mak buat...kalau hujan dia tak keluar umah..pandai mengurungkan diri dia dalam umah...tido je la keja dia...
What the best thing about juju...bila kita tido dia mesti datang tido...dah memang kelaziman dia dari awal ku bela dia...sekarang dia suka masuk tido dengan adikku..tapi bila ku balik kampung..sibuk je dia ikut kaki kita masuk bilik...suruh keluar..tak keluar punya...haha...memang manja...
Part paling dia suka bila tido atas katil mak..bilik aircond...sejuk..hah tau-tau sedap landing sampai berdengkur...ye betul...juju tido berdengkur..haha...mak  tak larat berleter...ayah pulak layankan je...kalu dia tengok juju dalam bilik...dibiarkan je...tapi kalau mak yg nampak...baru ayah ambik juju bawak keluar...hahaha...juju..juju...

Mommy sayang juju...mommy rindu shiro...Sedihhh...

Dulu bila 2 ekor ni ada..mereka la penemanku...hidupku tak pernah sunyi dengan keletah anak-anak bulusku...walaupun hanya seekor kucing...ku sanggup berhabis duit..
Mana je petshop yang yang complete jual barang-barang kucing...wajib ku pergi tengok...

indah sangat bila bela anak-anak bulus ni..

Hati ni memang nak sangat bawak juju balik sini...tapi hatiku sangat tak kuat..takut peristiwa lama berulang kembali...ku meraung bila tengok sekujur tubuh shiro yang nazak dan habis nyawa depan mataku...Allah...piluuuu....suamiku yang tenangkan diriku pun tak mampu tahan sebak...meleleh jugak air mata dia...apa nak buat...dah sampai masa shiro...

Sememangnya syurga tempatmu,shiro..

Dan juju kini mengalami sakit mata..dah 3 minggu tak jugak lega...ayah yang tolong bawak juju ke klinik veterinar..kata doktor,juju menghidap ketumbuhan dalam mata..Allahhh.....Kau duga aku lagikahh....pilu yang aku rasakan sewaktu kehilangan shiro bertandang lagi....mampukah aku berhadapan dengan satu lagi kehilangan....dengar juju sakit mata pun aku dah resah...bebel dekat adik supaya jaga juju..

Apakan daya...ini lah hidup...datang dan pergi apabila tiba masanya..

Juju sayang...bertahan la sayang..
Moga apa yang dikatakan doktor itu tak benar sama sekali...sebab mommy tak mahu kehilangan juju....

Walau juju hanya seekor kucing...


Friday, August 29, 2014

CINTA,JODOH DAN PERKAHWINAN


Salam satu Malaysia for all blogger and silent reader...

Wah kali ni nak bercerita pasal satu buku ni..lama dah mencari tapi akhirnya jumpa even tak dapat membeli sebab buku ni hanya 2x saja cetakan dibuat..pada tahun 2009 &  2012..
Nak tau buku apa...tu gambar kat bawah ni..haha..kalau sape-sape yang pernah membelek isi dan yang memilikinya mesti tahu buku ni untuk apa kann...


Tak rugi beli buku ni sebab sangat berguna dan bermanfaat terutama kepada pasangan yang sukar buat pilihan teman hidup dan untuk yg baru nak melangkah alam rumah tangga...
Buku cinta,jodoh & perkahwinan ni merupakan salah satu kaedah kajian potensi dinamik yang dikarang oleh Eddy Rosyadie Mohd Samsury (cikgu AD)

Ok baik...kita kupas sikit isi dalam buku ni..dalam buku ni diajar cara membuat kiraan metafizik berdasarkan tarikh lahir. Contohnya korang nak tengok nombor yang terhasil daripada pengiraan tarikh lahir yang digabungkan antara korang dan pasangan,sama ada  banyak pola-pola tekanan yang terhasil daripada kiraan tersebut,faktor kewangan,jenis hubungan 2 hala atau sehala antara korang dengan pasangan,jangkaan tahun berkahwin bagi yang bujang la kann...yang dah kahwin nak try kira sekali lagi pon boleh..hahaha..permasalahan mendapatkan zuriat,arah rumah mengikut arah mata angin,nak kira tarikh nikah tu sesuai ke untuk melayari alam rumah tangga dan macam-macam lagi....

Buku ni jugak kita boleh melihat dan mengenalpasti potensi yang positif dan negatif di dalam perihal cinta,jodoh dan perkahwinan..tapi jangan la terlampau taksub dan percaya..buku ni bukan buku ramalan sebaliknya buku utk kita melihat diri kita dan memperbaiki apa yang patut supaya hidup lebih positif..kalau banyak unsur negatif tu boleh la perlahan-perlahan kita berubah kepada positif..

Apa yang boleh sy ulas selepas baca buku ni dan buat pengiraan..boleh tahan pola tekananku...so berubah la dengan menyemai sifat positif dalam diri..bukan setakat perubahan positif kepada diri sendiri tapi juga hubungan yang lebih bahagia dalam rumah tangga...keceriaan itu penting walaupun hidup kita ni penuh dugaan...kann...

Dah dapat buku ni..apa lagi..bagitau kat group dalam telegram..haha..dah jadi tukang kira pulak..haha..demi kawan-kawan tak de hal laa...
Mana nak dapat buku ni???...buky ni dah tak de kat pasaran tau...kalau nak boleh pinjam dekat perpustakaan negara..pinjam kat bangunan wisma sejarah tu di tingkat 3 (kena daftar dulu k kalau nak pinjam)...tapi kalau nak baca je tak nak pinjam boleh je pergi kat bangunan PNM tu tu..tingkat 7..

ok laa..nak tau lebih detail boleh la ke Perpustakaan Negara..atau pinjam kat kawan-kawan dan sedara mara yang ada buku ni....



Wednesday, August 27, 2014

PALESTIN RAIKAN KEMENANGAN,ISRAEL TANGISI KEKALAHAN

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar

Akhirnya kemenangan memihak kepada Gaza...Lakaran sejarah dunia yang terbaru..

Alhamdulillah
Sesungguhnya kemenangan ini merupakan detik paling indah kepada rakyat Gaza kerana hampir berdekad-dekad lamanya mereka hidup dalam ketidaktenteraman akibat peperangan yang tiada penghujungnya..
Tahniah untuk pejuang-pejuang Al-Qassam yang begitu tegas,bijak dan taat perintah Allah sehingga mampu meraih kemenangan ini... tiada rasa takut mahupun gentar berhadapan dengan zionis laknatullah.. saya amat kagum melihat ketabahan rakyat Gaza yang tidak berganjak langsung dari tanah air mereka walau hanya tinggal sekangkang kera.. biar nyawa mereka tergadai tapi bukan tanah air mereka dirampas oleh Nentahayu yang penuh muslihat dan tipu daya..

Saya antara pengikut page AMAN PALESTIN..dan setiap apa yang admin update pasti saya tidak terlepas pandang... dari page ini jugak la ilmu sejarah saya bertambah...melihatkan peta Palestin suatu ketika dahulu sebelum penjajahan oleh puak zionis ni sangat mengejutkan...99% adalah hak milik Palestine...hanya 1% milik israel yang bijak mengatur strategi memakan tuan tanah yang menolong mereka dahulu...sememangnya puak zionis laknatullah ini terkenal dengan tipu muslihat mereka.

Hari ni pada tarikh 27/8/2014 ( rabu) waktu Malaysia..Bridged Al-Qassam akan mengadakan perarakan tentera bagi menyambut kemenangan dan jurucakap rasmi Al-Qassam,Abu Ubaidah akan menyampaikan ucapannya di atas runtuhan bandar Hayyu Syujaieyyah (sumber : page Aman Palestin)

Difahamkan bahawa lori dan kontena telah mula masuk ke Gaza pada jam 12.48pm(waktu Gaza) melalui pintu sempadan Rafah dengan membawa barang asas keperluan makanan...
Alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya untuk rakyat Gaza.

Biarpun jumlah pejuang Al-Qassam tak sebanyak tentera Israel , juga kecanggihan alat ketenteraan  tak lah sehebat tentera zionis namun strategi peperangan  Al-Qassam berjaya membuatkan tentera zionis mengalah awal kerana telah dikuasai perasaan takut yang teramat sangat sehingga membawa kekalahan tidak bermaruah.

Semoga kemenangan ini akan berterusan dan matlamat utama iaitu membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa dari penjajahan rejim zionis israel ini beroleh kejayaan.




ini satu cerita saya nak share..kat tempat keje husband letak bendera zionis sbg alas kaki,after he upload on instagram ni..ada seorang PRO ISRAEL komen..camne boleh komen sebab dia stalker page #savegaza..berperang ig dgn kami tapi lastly that man deleted all comment..sah memang kau pengecut  f_hamas..dan dia tinggal 1 komen je kononnya dia baik dan tak cari pasal..mmg terbukti puak ni penakut dan penipu.

Tuesday, August 26, 2014

KALAU DAH NAMANYA JODOH..

assalamualaikum dan salam sejahtera wahai blogger2 dan juga silent reader yang dihargai..

Selepas usia perkahwinan  nak mencecah 3 tahun..baru galak nak buat entri pasai tuan blog ni kahwin..hehe
Sebenarnya kahwin ni seronok..hahaha..ye betol laa...kahwin atas niat kerana Allah S.W.T pasti bahagia dan kuat even pelbagai dugaan datang melanda kan...

Siapa sangka jodoh ku ini datang seawal usia yang baru menjengah 23 tahun..suamiku pulak  baru 24 tahun..segalanya tak dirancang langsung tapi tu la sudah tertulis takdir jodoh untuk kami dalam usia yang muda...ku pernah letakkan target usia 27-30 tahun baru nak kahwin... sesungguhnya perancangan Allah itu lebih hebat..
Perkenalan kami sebenarnya dah lama..ketika masing-masing dibangku sekolah lagi..suamiku ni kira senior tua setahun je laa...haha..tapi serius tak pernah bertegur langsung..aku pengawas dan dia budak bijak kat sekolah...
Siapa sangka kan...?

Ermm..camne boleh rapat ye..😊
Ceritanya mcm ni...masa tu masing-masing dah bekerja..tahun 2011..aku baru tamat belajar dalam bidang kejururawatan dari MAHSA pada bulan januari 2011..bulan 4 dapat offer bekerja di SENTOSA SPECIALIST KLANG..kiranya baru nak mula hidup la kan...manakala suamiku pulak bekerja di KSKB SG.BULOH sbg.pengajar fisio..
Masa tu ku memang single la kan..sambil mencari teman tapi mesra tapi agak susah sebab jadual kerja sebagai staff nurse ni terlalu outstanding sgt..biasa la private kan...time cuti pon kena on call..ot sedia laa..memang masyukkk...ku freshie lagi time tu...

Bermulanya 'cinta muka buku'...hahaha..aku scroll la mana-mana geng yg tengah online..sekali mataku terpandang nama suamiku yang tengah online..hahaha...saja try bg salam..konon keep in touch la kan...ehh sekali dia balas..hah...ok cool....kiteorang terus chat dan tukar no.phone masing..masa tu x de lagi application yang canggih2 ni...main mesej je..
Sampai la satu hari ni ku kena gi kolej untuk ambik jubah konvo dan tempah photographer masa konvo bulan 6/2011..kebetulan keje malam so tengah hari tu seorang sahabatku yang sangat mulia hatinya,selalu ada time aku memerlukan pertolongan..dia la dtg ambik dan hantar pulak aku ke kolej...bab tu dah settle...tp yang x settle tu aku nak balik ngan ape pulak..dah la hari kian petang..malam nak keje..tak mau nak susahkan sahabatku lagi..dia pon tengah keja...aduhaii....tanpa disangka2 heroku mesej tanya ku kat mana...ku pon mula la cerita problemku sebab dah risau tak de orang nak hantarkan...

Dengan gentlemennya suamiku offer nak dtg ambik...dia dari sg.buloh..x jauh pon nak dtg ke kolej MAHSA belakang PPUM tu je..senyum lebar mak nokkk..ye la teringin jugak nak tengok rupa heroku setelah sekian lama tak tengok sejak dia ke matrik dulu..
Tunggu dalam 1/2jam..coihhhhh sampai dengan blood white a.k.a inspira dia tuh..berdebar wehhhhh....adoii..tapi x pe la yang pentingku sampai ke klang..

Ececece...masuk la dalam kereta..lawan renyih..hahahaha..pastu sembang cam biasa la..orang utara kan ramah tamah..hahahaha..yang bestnya tu dia siap ajak ku gi makan dulu..dia bawak gi makan kat mali corner kat kg.medan tu..prihatin jugak tapi nak ngejas sebenarnye tu..bukan ku tak tau..hahaha
Lepas makan tu baru dia anta balik..selamat dah untuk hari tersebut walau tak cukup tidur..
Bila dah jumpa sekali..mula la nak jadi berkali-kali...sanggup dia datang klang nak jumpa misi comel ni..hahaha..restoran yang jadi port kiteorang makan dan sembang tu anis wanis seafood..hehe
Masa ni jarang lagi nak jumpanya..biasa la jadual kejaku ikut shif..

Lepas tu mak ayahku datang untuk majlis konvo pada 25/6/2011..kebetulanku dapat 3 invitation card..jeng..jeng..jeng..mak ayah stay kat umah cousin..tapi tak kan nak susahkan cousin pulak gi hantar..dia pon nak keje...ok la..tanya la suamiku..memang nak laa...yang tu ditunggu-tunggunya..dah ada 3 invatation card so boleh la mak ayah ngan suamiku masuk sekali....masa mak ayah datang tu..ku suruh dia dtg umah cousin..konon nak kenalkan tapi mak ayah memang dah kenal sebab orang Langkawi jugak..kenal sangat la dengan family suamiku nih...so x de hal la kan...

Lepas dah balik dari konvo tu..malamnye ayah ngan mak ke duta nak balik langkawi..suamiku la hantarkan..biasala nak memenangi hati orang tua segalanya dia sanggup...hahaha..tapi aku puji sikap suamiku..dia nak berkawan dengan lebih rapat..dia mintak izin ayahku dulu masa kat hentian duta...hadoii...biasa la orang tua kan mmg suka anak muda jujur..tapi sentiasa ada nasihat dari mereka yang dah makan garam dulu...alhamdulillah mak ayah tak da halangan...wink..wink..

Masuk 2 bulan kami berkawan,suamiku menyatakan hasrat nak ikat tali pertunangan...wahh..singkatnya masa perkenalan ni...ku bincang dulu dengan mak ayah..tapi mak tak setuju kalau bertunang dalam jangka masa yang lama..mak bg tempoh 3 bulan je bertunang... dan akhirnya kata sepakat dicapai...bertunang bulan 11/11/2011 dan akad nikah pada 10/12/2011..

bab persiapan jgn cerita la..serabut gila..nak cuti susah..kursus kahwin tak pergi lagi..borang kahwin nak settle lagi..hiv test lagi..booking wedding planner lg..kad kahwin lg..mcm nak gila sekejap sebab dalam tempoh sebulan saja nak settle semua benda penting ni...tapi alhamdulillah,Allah permudahkan setiap urusan kami.

Bayangkan hanya sekelip mata aku sah jadi isteri kepada suamiku..Allahuakbar..indahnya perancanganMu...lurus untukku dan suami...

aha..jom ku blanja sikit gambo kawen...krik..krikk..

10/12/2011 - akad nikah


11/12/2011 - bersanding

12/12/2011 - bertandang

Monday, August 25, 2014

SET BERUS MEKAP DARI CERRO QREEN

hye uols yang super gojes..
entri kali ni kiter nak buat intro sikit pasal basic  brush make-up..
terutama bagi yang baru nak berdunia dengan make-up ni mesti tercari-cari apa jenis berus make-up yang sesuai,brand dan murah..

so kiter nak suggest brand cerro Qreen ni..ada pelbagai jenis stick brush dari cerro Qreen tapi untuk yang basic korang boleh beli dengan harga yang murah RM29 di  natta cosme..boleh beli secara online..

fb : https://www.facebook.com/NattaCosme
ig : @nattacosme

kat natta cosme ni dia jual untuk basic brush make-up ni dalam 1 set ada 7 stick..



cute kann...senang nak usung ke mana saje..hehe..sesuai sangat la untuk gegirl yang suka travel ke mana saja dan yang penting wajib make-up...

dalam basic set ni ada :
  1. blusher
  2. flat stiff brush
  3. stiff dome brush
  4. soft dome brush
  5. lip brush
  6. eyeliner brush
  7. eyebrow/eyelash brush
KECUALI berus perapi kening tu..pe nama mat saleh tu tak tau la...yang berus bentuk menyerong tu..kiter tak pakai yang tu sebab kening memang dah terbentuk,so tak perlu..bagi yang memerlukan berus ni..rasanya ada dalam set cerro Qreen yang lain..boleh usha-usha dulu kat natta cosme..hehe

untuk tuan tanah ni yang memang hantu make-up just guna basic brush je sebab dah memadai nak tempek2 segalanya kat muka ni...

kat bawah ni ada gambar untk korang supaya lebih mudah nak bezakan kegunaan setiap brush..kalau tulis tanpa gambar for sure jenuh nak faham kan..so better la ada gambar..same like me la masa baru nak kenal bulu-bulu ni..




ok guys..kita belanja satu gambar..hehe
maaf tak boleh nak fokus dekat..takut gambar pecah..nanti tak lawa la...hehehee
for the basic make-up from me..satu je yang kiter pegang sampai sekarang ni..'more to eyes'
maksudnya penumpuan make-up pada kawasan mata amat penting kerana disitu 'key of beauty'..
terpulang la pd diri korang nak guna eyelashes ke..contact lens..tu sebagai 'penyeri mata' haaa...
kannn....


ok la....cukup dah cerita bab berus make-up ni...
dah jom gi make-up..hakhakhakkk...

SELAMAT MENATA-RIAS WAJAH ANDA YANG GOJES!!

Sunday, August 24, 2014


www.ainkaswa.blogspot.com




KEK KEJU MELELEH CHEF SANIF



Hai uolss....

Lama sikit kiter menyepikan diri..maklum la sibuk nak beraya kan..hehe
So entri kali ni kiter nak promote kek keju meleleh original dari chef sanif yang merupakan founder kek ni...
Kek keju meleleh ni mempunya 7 jenis flavor tau...vanila,coklat,strawberi,pandan,tiramisu,red velvet dan lemon..
Yang paling terlajak laris tu flavor vanila,coklat,strawberi dan tiramisu...yang flavor red velvet tu masih baru lagi..

Rasa kek keju meleleh ni jangan cerita la..sekali suap je...melopong....sebab sedap sangat...haha
Sebab tu mana-mana customer yang pertama kali beli mesti akan repeat order punya lahh...
Harga..? Kalau dulu mesti anda jumpa harga RM28 ,RM25 ,RM22 kannn...mahal kann tapi sekarang chef sanif dah selaraskan harga kek iaitu RM18 je...kalau de agent yang jual RM20 tu kira ok la sebab cas duit minyak untuk cod lagi tauu...dieorang pon nak cari side income jugak kan...
Yang harga RM18 ni bekas tupperware 350gm...yang besar punye la tu...

Pada pendapat kiter,dari anda nak beli bekas kecik tu baik beli yg bekas besar ni..lebih berbaloi...keju parut lagi banyak...pendek kata memang puas hati la makan..hehe

anda boleh tengok kat page fb https://www.facebook.com/kejumeleleh13?ref=bookmarks ni salah seorang la agent kek keju meleleh..ada banyak lagi page kek keju meleleh lain...tapi gugel sendiri la ehh...hehehe
jom kita belanja sikit gambar kek keju meleleh ni..

perisa RED VELVET

perisa TIRAMISU

perisa STRAWBERRY



kalau nak tahu kek keju meleleh yang anda beli ori ke tak..kat atas tupperware tu akan dilekatkan sticker cam gambar kat bawah ni..



ok guys..any info boleh whatsapp atau telegram nombor ni k..011-32316328 (ain)...iols leee...haha..tapi untuk klang valley je ok..kalau kita tak dapat cod..kita akan past kepada agent-agent lain yang dekat dengan kawasan anda..

SELAMAT MENIKMATI KEK KEJU MELELEH CHEF SANIF YANG AWESOME!!!


RESEPI : SUP AYAM




...tekak terasa nak makan sup ayam...
ok la buat sup ayam...daun sup memang dah ada dalam peti ais...
buat lama dah cuma baru berkesempatan nak update entri ni...
bahan-bahan simple je...tp memang bab platting ni out..haha..janji sedap sudaa....

BAHAN-BAHAN

  • ayam sebelah
  • air 1000ml (kalau pandai bajet lagi bagus la)
  • bawang merah 3 ulas (dihiris)
  • bawang putih 3 ulas (dihiris)
  • bawang besar 1 biji (belah 4)
  • halia 1 inci (diketuk)
  • kentang 2 biji (belah 8) - ikut suka anda nak buat belahan byk mana...
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • lada hitam 2 sudu (ditumbuk)
  • cili padi 4 biji (optional - kalau nak pedasla)
  • pati kiub ayam (knor @ maggi)
  • carrot (optional)
  • daun sup beserta akar sup (pokok sup)
CARA-CARA


mula sekali tumiskan bawang merah,bawang putih,lada hitam,kulit kayu manis,bunga lawang dan halia..
yang kelihatan hijau tu cili..tumiskan sekali..tumis sampai agak garing dan naik bau..api slow je..


kemudian masukkan ayam,gaulkan dengan tumisan tadi biar sampai sebati..boleh tambah sikit air supaya ayam cepat serap rempah sup..

nampak kan warna ayam bila dah betul-betul sebati dengan tumisan tadi..sekarang masukkan akar daun sup dan bawang merah yang telah dibelah 4..teruskan menggaul k.
bila dah terbau akar sup tu boleh terus ke next step..

masukkan air supaya separuh dari sukatan 1000ml td..kacau seketika..
masa ni nak kuatkan sikit api pon boleh tapi jangan garang sgt api tu..


dah boleh masukkan kentang..kiter memang suka belah kecik-kecik sebab mudah masak..tak perlu nak tunggu lama..bila dah masukkan kentang..kacau sekejap..lepastu biarkan sampai kentang empuk..nak tau mcm mna kentang empuk..ambik garpu cucuk kat kentang tu..


kalau rasa air kurang boleh terus habiskan baki air tadi..
kalau malas nak tabur daun sup tu...simpulkan daun sup dan bubuh la dalam kuah sup ketika ni...
perasakan dengan garam dan pati kiub ayam..biar la sampai mendidih dan naik bau..


ok lepas tu  bila dah masak dan naik bau aroma sup yang mavelosssss....boleh la hidang...
sedapnyeee....