Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, August 24, 2014

KEK KEJU MELELEH CHEF SANIF



Hai uolss....

Lama sikit kiter menyepikan diri..maklum la sibuk nak beraya kan..hehe
So entri kali ni kiter nak promote kek keju meleleh original dari chef sanif yang merupakan founder kek ni...
Kek keju meleleh ni mempunya 7 jenis flavor tau...vanila,coklat,strawberi,pandan,tiramisu,red velvet dan lemon..
Yang paling terlajak laris tu flavor vanila,coklat,strawberi dan tiramisu...yang flavor red velvet tu masih baru lagi..

Rasa kek keju meleleh ni jangan cerita la..sekali suap je...melopong....sebab sedap sangat...haha
Sebab tu mana-mana customer yang pertama kali beli mesti akan repeat order punya lahh...
Harga..? Kalau dulu mesti anda jumpa harga RM28 ,RM25 ,RM22 kannn...mahal kann tapi sekarang chef sanif dah selaraskan harga kek iaitu RM18 je...kalau de agent yang jual RM20 tu kira ok la sebab cas duit minyak untuk cod lagi tauu...dieorang pon nak cari side income jugak kan...
Yang harga RM18 ni bekas tupperware 350gm...yang besar punye la tu...

Pada pendapat kiter,dari anda nak beli bekas kecik tu baik beli yg bekas besar ni..lebih berbaloi...keju parut lagi banyak...pendek kata memang puas hati la makan..hehe

anda boleh tengok kat page fb https://www.facebook.com/kejumeleleh13?ref=bookmarks ni salah seorang la agent kek keju meleleh..ada banyak lagi page kek keju meleleh lain...tapi gugel sendiri la ehh...hehehe
jom kita belanja sikit gambar kek keju meleleh ni..

perisa RED VELVET

perisa TIRAMISU

perisa STRAWBERRY



kalau nak tahu kek keju meleleh yang anda beli ori ke tak..kat atas tupperware tu akan dilekatkan sticker cam gambar kat bawah ni..



ok guys..any info boleh whatsapp atau telegram nombor ni k..011-32316328 (ain)...iols leee...haha..tapi untuk klang valley je ok..kalau kita tak dapat cod..kita akan past kepada agent-agent lain yang dekat dengan kawasan anda..

SELAMAT MENIKMATI KEK KEJU MELELEH CHEF SANIF YANG AWESOME!!!


RESEPI : SUP AYAM




...tekak terasa nak makan sup ayam...
ok la buat sup ayam...daun sup memang dah ada dalam peti ais...
buat lama dah cuma baru berkesempatan nak update entri ni...
bahan-bahan simple je...tp memang bab platting ni out..haha..janji sedap sudaa....

BAHAN-BAHAN

  • ayam sebelah
  • air 1000ml (kalau pandai bajet lagi bagus la)
  • bawang merah 3 ulas (dihiris)
  • bawang putih 3 ulas (dihiris)
  • bawang besar 1 biji (belah 4)
  • halia 1 inci (diketuk)
  • kentang 2 biji (belah 8) - ikut suka anda nak buat belahan byk mana...
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • lada hitam 2 sudu (ditumbuk)
  • cili padi 4 biji (optional - kalau nak pedasla)
  • pati kiub ayam (knor @ maggi)
  • carrot (optional)
  • daun sup beserta akar sup (pokok sup)
CARA-CARA


mula sekali tumiskan bawang merah,bawang putih,lada hitam,kulit kayu manis,bunga lawang dan halia..
yang kelihatan hijau tu cili..tumiskan sekali..tumis sampai agak garing dan naik bau..api slow je..


kemudian masukkan ayam,gaulkan dengan tumisan tadi biar sampai sebati..boleh tambah sikit air supaya ayam cepat serap rempah sup..

nampak kan warna ayam bila dah betul-betul sebati dengan tumisan tadi..sekarang masukkan akar daun sup dan bawang merah yang telah dibelah 4..teruskan menggaul k.
bila dah terbau akar sup tu boleh terus ke next step..

masukkan air supaya separuh dari sukatan 1000ml td..kacau seketika..
masa ni nak kuatkan sikit api pon boleh tapi jangan garang sgt api tu..


dah boleh masukkan kentang..kiter memang suka belah kecik-kecik sebab mudah masak..tak perlu nak tunggu lama..bila dah masukkan kentang..kacau sekejap..lepastu biarkan sampai kentang empuk..nak tau mcm mna kentang empuk..ambik garpu cucuk kat kentang tu..


kalau rasa air kurang boleh terus habiskan baki air tadi..
kalau malas nak tabur daun sup tu...simpulkan daun sup dan bubuh la dalam kuah sup ketika ni...
perasakan dengan garam dan pati kiub ayam..biar la sampai mendidih dan naik bau..


ok lepas tu  bila dah masak dan naik bau aroma sup yang mavelosssss....boleh la hidang...
sedapnyeee....







Friday, July 18, 2014

CARA BUAT KERISIK YANG SIMPLE..

kali ni entri bukan resepi tapi cara nak buat kerisik..
selalunya kerisik amat penting sebagai penambah rasa dalam masakan gulai atau kari  malah sedap dibuat sambal kerisik...

jom kiter dah sediakan cara dan gambar supaya mudah untuk anda yang baru nak belajar buat.


BAHAN-BAHAN
  • kelapa parut (kuantiti bergantung kpd anda)
CARA-CARA

panaskan kuali terlebih dulu lepas tu masukkan kelapa parut.



goreng sampai jadi warna macam ni ok..x nak ada putih-putih..
harus dikacau,tak boleh alpa ok nanti hangittttssss...



bila dah siap masak org x panggil kelapa parut dah..tukar nama jadi kerisik...hehe
kerisik tadi disejukkan sekejap,kemudian nak tumbuk boleh..nak giling boleh,nak blend boleh..
bila tumbuk atau giling...buat sampai lumat dan pecah minyak k..


ni la hasilnya bila dah ditumbuk...yang x pecah minyak k..sebab sengaja x bagi pecah minyak...


kalau nak tau mcm mana pecah minyak ni la rupanya..


ok uols..esok boleh buat ok..

GULAI DAGING UTARA

assalamualaikum dan salam sejahtera uols...

waa hari ni kiter akan update pasal resepi GULAI DAGING UTARA yang paling simple giteww...
x de banyak bahan yang digunakan tapi rasanya tetap sama mcm gulai daging...ni resepi mak kiter..simple giler...haha

ok jom scroll down...





BAHAN-BAHAN 
  • daging 1/2 kilo - dihiris nipis dan kecil
  • ubi kentang 3 biji - dipotong 6
  • santan 1 kotak (kecil)
  • air 800ml (kalau pandai agak sendiri lagi bagus)
  • kerisik 3 sudu
  • serbuk kari daging Babas 1 paket
  • daun kari (lagi banyak lagi wangi)
  • bawang merah 3 biji
  • bawang putih 3 ulas
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • halba/jintan putih
  • garam

CARA -CARA 
  • mula-mula sekali campurkan serbuk kari daging + hirisan bawang putih/merah (separuh dari yg telah dihiris tadi) +kerisik + daun kari (6 helai).bancuh dulu semua ni dalam mangkuk..jangan terlalu cair..



  • tumis bawang merah/putih +kulit kayu manis +bunga lawang + halba/jintan putih + sedikit daun kari.. hendaklah ditumis sehingga naik bau ok..

  • masukkan bancuhan awal td (serbuk kari daging + hirisan bawang putih/merah +kerisik + daun kari) ke dalam tumisan.sentiasa kacau sehingga garing dan naik bau..jka kelihatan agak pekat tambah sedikit air.

  • kemudian masukkan daging yang telah dihiris.gaul seketika supaya rempah dan daging bersatu (maksudnya daging tu menyerap rencah rempah ni)..ini jugak salah satu proses untuk hilangkan hanyir daging..gaul sampai daging kelihatan masak..


  • setelah daging mulai serap rempah..perlu tambah air ye..mangkuk yang bancuh rempah tadi tu jangan masuk sinki terus..just campurkan dengan sikit air kemudian guna air kari tu untuk tambah dalam periuk..gaul seperti biasa.


  • so akan jadi macam ni lah...biar dulu sampai pecah minyak.


  • lepas tu baru boleh masukkan ubi kentang tadi..bila masak ubi kentang haruslah tambah air yang selebihnya ya..biarkan sampai menggelegak dan ambil garfu cucuk sikit kentang tu..kalau dah masak akan jadi lembut..


  • sekarang dah boleh masukkan santan..lepas masukkan santan terus kacau sebab nak elakkan santan jadi mcm berbiji. bila dah tengok ok dan sebati baru biarkan sampai kelihatan pecah minyak

  • last step biarkan sampai menggelegak..lepas tu tambah garam secukup rasa..kacau sekejap..tutup api..boleh la dihidangkan...
p/s : kepekatan bergantung pada anda ok..






SELAMAT MENCUBA!!








Sunday, July 13, 2014

RESEPI : PUDING TRIFFLE

PUDING TRIFFLE 

Waaa...sebut je puding trifle ni mesti terliur kan...mula la otak ligat berfikir puding yang bertingket-tingket tu..haha..dengan warna yang menarik perhatian perut...membuatkan anak tekak bergelora nak telan puding trifle ni..
mau gila selagi x dapat suap ke mulut..so apa lagi misi mencari barang-barang untuk menghasilkan puding ini di'laju'kan..haha..pantas sungguh kaki ini mengorak langkah ke kedai..teringin punya pasal...
kiter buat puding ni x de la menarik sangat..cukup sekadar nak masuk ke tekak sesedap rasa kan..
so kiter share resepi puding trifle ni...mana dapat resepi ni...kita pon selak buku resepi gak..try and error..tapi ni kali ke 3 dah buat..tapi baru terasa nak share kat blog...bajet yakin sikit la kan..muahehe

nampak x layer triffle..



ok jom start dengan penyediaan bahan-bahan..

  • kek swiss roll (kalau boleh elakkan yang perisa coffee/mocha/coklat sebab x sedap)
  • 1 cawan tepung kastad 
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu sejat (kiter guna gold coin je)
  • 1 tin air (sukat pakai tin susu sejat je)
  • 1 tin buah koktel (asingkan buah & air koktel)
  • kristal jelly & 400ml air (sebolehnya perisa strawberry la baru sedap) 
cara-caranya : 
  1. kek swiss roll dipotong setebal 1cm (boleh agak je nak potong besar mana). kemudian susunkan kek swiss roll tadi dalam mangkuk/loyang (nak cantik better pakai mangkuk kaca).lepas dah susun,tekan-tekan kek tu sampai padat sehingga tiada ruang. siram air jus koktel ke atas kek tadi supaya kek akan rasa moist gitew..dah siap yang boleh letak tepi dulu ok.
  2. untuk buat kastad pula satukan tepung kastad,gula,susu sejat  & air mengikut sukatan di atas..kacau dahulu sebelum letak atas api dikhuatiri tepung kastad x larut.lepas dah sebati semua adunan ni,baru letak atas api yang sederhana. dinasihatkan kacau sentiasa agar x hangit (berkerak)ok..jangan biar macam tu saja..apabila adunan kelihatan likat dan pekat..tutup api dan biar sekejap je.
  3. kemudian curahkan adunan kastad ke dalam bekas kek swiss roll tadi..biarkan sekejap..
  4. apabila adunan kastad sedikit sejuk..taburkan buah koktel di atasnya..tekan sikit ye bagi buah koktel masuk ke lapisan kastad tersebut.dah siap yang ni ketepikan dulu.
  5. sekarang boleh la ambil kristal jelly untuk topping..satukan 400ml air dengan kristal jelly di atas api yang sederhana,kacau sampai pekat dan likat..(boleh rujuk pada kotak kristal jelly)lepas tu curahkan kristal jelly atas puding trifle tadi sebagai topping..
  6. biar sekejap di luar supaya hilang wap panas..lepas tu boleh la simpan dalam peti ais,jika dibiarkan semalaman baru sedap...terasa sejuk,manis,lemak...sedappp!!!
kat bawah ni kita tunjuk sikit gambar-gambar di sebalik tabir..hehe

kek swiss roll yang dah disusun & dilenyek

layer kastard

kristal jelly brand nona

serbuk kristal jelly

lapisan koktel

ok..mudah je kan..lepas ni boleh bukak bisnes...hehe

SELAMAT MENCUBA!!


Tuesday, July 8, 2014

RESEPI SAMBAL TEMPE

RESEPI : SAMBAL TEMPE






Jeng..jeng..kali ni menu simple je khas untuk sape2 yg baru nak belajar memasak..sedap dimakan kalau garing-garing...ok jom scroll down..


Bahan-bahan :
Bawang merah 2 biji (dihiris)
Bawang putih 1 biji (dihiris)
Cili kering yg diblendkan
Sos cili
Gula 1 sudu besar
Garam (secukup rasa)
Tempe (dipotong nipis)


Cara-cara :
- mula-mula goreng dulu tempe yang telah dihiris nipis (nipis la baru rangup)
Goreng sampai kelihatan keemasan dan garing giteww...hehe...korang agak2 la k...
-yg ni untuk sambal..
Tumis bawang merah dan bawang putih yg telah dihiris tadi..biar tumisan menjadi kekuningan sikit..
Kemudian masukkan cili kering yg dah diblend..tumis sekejap...
Masukkan sos cili (agak-agak sendiri la korang nak byk mana k)
Jangan lupa letak gula sikit nak bg rasa sweet2 sikit...letak garam sikit je k.
Biar sambal yg ditumis menggeletik2 sekejap...agak dh kering sikit boleh tutup api dan biar kejap..
Bila sambal dh x berapa panas baru gaulkan dengan tempe tadi...


p/s : setengah orang ada yang suka letak kacang tanah...letak pon boleh tp kacang tanah kena goreng tanpa minyak dulu ok..biar kulitnya tertanggal..kiter kurang suka so tak letak kacang...

Mudah je.. ^_^

Friday, July 4, 2014

SPONGE PUDING @ PUDING BUIH


RESEPI  : SPONGE PUDING



hari ni hari rajin kiter  nak masuk cerok dapur..hehehee...resepi puding buih menjadi pilihan kiter..masa pegi terengganu hari tu kakak angkat my hubby order puding buih..serius this  is my 1st time makan puding yang unik ni...pe lagi balik ke umah kiter sibuk meng 'google' laaa...jeng-jeng nin dia...menjadi kauuu...convert sikit sukatan ni..kang buat banyak membazir pulak...



di bawah ni kiter kongsikan step-step membuat puding buih ni...

bahan-bahan buat puding~
·                     1 paket agar-agar strip - 25gm 
·                     1000ml air
·                     5 sudu besar gula
·                     1 helai daun pandan - disimpul
·                     4 biji telur gred pape pun x kisah -asingkan putih telur dan kuning telur (nak guna 4 telur putih+3 kuning telur )
·                     pewarna -suka hati korang nak guna pewarna apa..
·                     1 sudu kecil esen vanilla - untuk hilangkan bau hanyir telur

untuk kuah@creamer pulak yer~
·                     1 tin susu cair (susu ideal)
·                     1 tin air - sukat guna tin susu cair tu...
·                     7 sudu besar gula - nak manis tambah la lagi..
·                     1 sudu besar tepung kastard - bancuh dulu yee...
·                     1 biji kuning telur yang diambil dari 4 biji telur tadi..
·                     1 helai daun pandan - disimpul
·                     1/2 sudu kecil garam

cara-caranya :


·                     agar-agar direndam terlebih dahulu selama 1/2 jam..kemudian masak agar-agar bersama air,gula dan daun pandan hingga mendidih.






·                     setelah mendidih,masukkan pewarna + esen vanilla dan kacau sampai sebati (kiter guna pewarna hijau)...tutup api dan biarkan suam..




·                     ok now go to mixer..pukul telur hingga kembang (4 putih telur) kemudian masukkan 1 by 1  kuning telur-perlukan 3 kuning telur sahaja).make sure kena sampai gebu ye...kalau pakai stand mixer cepatla gebu dan kental...kalau guna handwhisk tu mau 1/2 jam baru kembang dan gebu...




·                     setelah telur tadi kembang baru masukkan adunan agar-agar yang telah suam tadi..ingat kat sini still kena kacau sampai sebati dan betul-betul gebu... jika tak betul-betul sebati adunan tersebut,nanti bila kita tuang dalam bekas akan terhasil mendapan di bawah..ini sgt tak cantik kan..
lebih 1/2 jam baru betul-betul gebu dan sebati..tp ingat mixer x boleh terus guna lama2 nanti kot x pasal2 berasap...on 10minit pastu off jap...ulang cmni sampai terhasil buih-buih kecik ok..hehe




·                     last step,bila adunan tadi dah gebu masukkan dalam bekas acuan korang - bergantunglah pada bekas yang korang nak..lepas tu masukkan dalam peti ais untuk 2 jam..






·                     ni pulak creamer..campur kesemua bahan kuah dalam periuk dan masak hingga mendidih(kalau nak kuah pekat biar lama sikit).kuah hendak lah dikacau supaya tidak berketul..anggaran dalam 10 minit je..api sederhana tau...tutup api dan biarkan hingga sejuk..kemudian masuk dalam peti ais..sedap dimakan bila sejuk...wallaaahhhh...



·         bila dah cukup jam tu boleh la keluarkan dari peti ais dan telangkup kat pinggan besar..ni kiter potong sikit nak bagi nampak bahagian dalam...nak makan tu tuang la kuah atas puding ni baru best makan...kenapa atas tu warna macam tu...bukan sebab mendap tp kiter letakkan agar-agar hijau sikit utk buat topping..

sekian lah menu hari ni yer...SELAMAT MENCUBA....