Friday, August 29, 2014

CINTA,JODOH DAN PERKAHWINAN


Salam satu Malaysia for all blogger and silent reader...

Wah kali ni nak bercerita pasal satu buku ni..lama dah mencari tapi akhirnya jumpa even tak dapat membeli sebab buku ni hanya 2x saja cetakan dibuat..pada tahun 2009 &  2012..
Nak tau buku apa...tu gambar kat bawah ni..haha..kalau sape-sape yang pernah membelek isi dan yang memilikinya mesti tahu buku ni untuk apa kann...


Tak rugi beli buku ni sebab sangat berguna dan bermanfaat terutama kepada pasangan yang sukar buat pilihan teman hidup dan untuk yg baru nak melangkah alam rumah tangga...
Buku cinta,jodoh & perkahwinan ni merupakan salah satu kaedah kajian potensi dinamik yang dikarang oleh Eddy Rosyadie Mohd Samsury (cikgu AD)

Ok baik...kita kupas sikit isi dalam buku ni..dalam buku ni diajar cara membuat kiraan metafizik berdasarkan tarikh lahir. Contohnya korang nak tengok nombor yang terhasil daripada pengiraan tarikh lahir yang digabungkan antara korang dan pasangan,sama ada  banyak pola-pola tekanan yang terhasil daripada kiraan tersebut,faktor kewangan,jenis hubungan 2 hala atau sehala antara korang dengan pasangan,jangkaan tahun berkahwin bagi yang bujang la kann...yang dah kahwin nak try kira sekali lagi pon boleh..hahaha..permasalahan mendapatkan zuriat,arah rumah mengikut arah mata angin,nak kira tarikh nikah tu sesuai ke untuk melayari alam rumah tangga dan macam-macam lagi....

Buku ni jugak kita boleh melihat dan mengenalpasti potensi yang positif dan negatif di dalam perihal cinta,jodoh dan perkahwinan..tapi jangan la terlampau taksub dan percaya..buku ni bukan buku ramalan sebaliknya buku utk kita melihat diri kita dan memperbaiki apa yang patut supaya hidup lebih positif..kalau banyak unsur negatif tu boleh la perlahan-perlahan kita berubah kepada positif..

Apa yang boleh sy ulas selepas baca buku ni dan buat pengiraan..boleh tahan pola tekananku...so berubah la dengan menyemai sifat positif dalam diri..bukan setakat perubahan positif kepada diri sendiri tapi juga hubungan yang lebih bahagia dalam rumah tangga...keceriaan itu penting walaupun hidup kita ni penuh dugaan...kann...

Dah dapat buku ni..apa lagi..bagitau kat group dalam telegram..haha..dah jadi tukang kira pulak..haha..demi kawan-kawan tak de hal laa...
Mana nak dapat buku ni???...buky ni dah tak de kat pasaran tau...kalau nak boleh pinjam dekat perpustakaan negara..pinjam kat bangunan wisma sejarah tu di tingkat 3 (kena daftar dulu k kalau nak pinjam)...tapi kalau nak baca je tak nak pinjam boleh je pergi kat bangunan PNM tu tu..tingkat 7..

ok laa..nak tau lebih detail boleh la ke Perpustakaan Negara..atau pinjam kat kawan-kawan dan sedara mara yang ada buku ni....



2 comments:

  1. buku macam ini memang bagus untuk dibaca..terutama kepada pasangan yang sudah berkahwin

    ReplyDelete

thanks for comment yeahhh...<3 u