Wednesday, August 27, 2014

PALESTIN RAIKAN KEMENANGAN,ISRAEL TANGISI KEKALAHAN

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar

Akhirnya kemenangan memihak kepada Gaza...Lakaran sejarah dunia yang terbaru..

Alhamdulillah
Sesungguhnya kemenangan ini merupakan detik paling indah kepada rakyat Gaza kerana hampir berdekad-dekad lamanya mereka hidup dalam ketidaktenteraman akibat peperangan yang tiada penghujungnya..
Tahniah untuk pejuang-pejuang Al-Qassam yang begitu tegas,bijak dan taat perintah Allah sehingga mampu meraih kemenangan ini... tiada rasa takut mahupun gentar berhadapan dengan zionis laknatullah.. saya amat kagum melihat ketabahan rakyat Gaza yang tidak berganjak langsung dari tanah air mereka walau hanya tinggal sekangkang kera.. biar nyawa mereka tergadai tapi bukan tanah air mereka dirampas oleh Nentahayu yang penuh muslihat dan tipu daya..

Saya antara pengikut page AMAN PALESTIN..dan setiap apa yang admin update pasti saya tidak terlepas pandang... dari page ini jugak la ilmu sejarah saya bertambah...melihatkan peta Palestin suatu ketika dahulu sebelum penjajahan oleh puak zionis ni sangat mengejutkan...99% adalah hak milik Palestine...hanya 1% milik israel yang bijak mengatur strategi memakan tuan tanah yang menolong mereka dahulu...sememangnya puak zionis laknatullah ini terkenal dengan tipu muslihat mereka.

Hari ni pada tarikh 27/8/2014 ( rabu) waktu Malaysia..Bridged Al-Qassam akan mengadakan perarakan tentera bagi menyambut kemenangan dan jurucakap rasmi Al-Qassam,Abu Ubaidah akan menyampaikan ucapannya di atas runtuhan bandar Hayyu Syujaieyyah (sumber : page Aman Palestin)

Difahamkan bahawa lori dan kontena telah mula masuk ke Gaza pada jam 12.48pm(waktu Gaza) melalui pintu sempadan Rafah dengan membawa barang asas keperluan makanan...
Alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya untuk rakyat Gaza.

Biarpun jumlah pejuang Al-Qassam tak sebanyak tentera Israel , juga kecanggihan alat ketenteraan  tak lah sehebat tentera zionis namun strategi peperangan  Al-Qassam berjaya membuatkan tentera zionis mengalah awal kerana telah dikuasai perasaan takut yang teramat sangat sehingga membawa kekalahan tidak bermaruah.

Semoga kemenangan ini akan berterusan dan matlamat utama iaitu membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa dari penjajahan rejim zionis israel ini beroleh kejayaan.




ini satu cerita saya nak share..kat tempat keje husband letak bendera zionis sbg alas kaki,after he upload on instagram ni..ada seorang PRO ISRAEL komen..camne boleh komen sebab dia stalker page #savegaza..berperang ig dgn kami tapi lastly that man deleted all comment..sah memang kau pengecut  f_hamas..dan dia tinggal 1 komen je kononnya dia baik dan tak cari pasal..mmg terbukti puak ni penakut dan penipu.

2 comments:

  1. Salam blogworking dari kak yati... jemput jalan2 ke blog kak dan tolong tingalkan komen yr.. tq
    www.yatiadam.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak yati singgah...
      Nt sy bw ke blog kak yati.

      Delete

thanks for comment yeahhh...<3 u