Monday, July 21, 2014

RAMADHAN KIAN MENJAUH,SYAWAL BAKAL MENJELMA..



24 ramadhan ketika entri ini ku update..
tika ini terasa kerinduan yang teramat kepada keluarga di kampung..sepanjang bulan puasa ini ku tak pulang untuk sama-sama berpuasa di kampung kerana kekangan masa dan jugak bajet raya...maklum la kampung bukan dekat tapi jauh di Langkawi..semua memerlukan belanja yang besar jadi ku terpaksa bekorban seketika ini supaya aidilfitri nanti kami dapat berkumpul sekeluarga.

ini adalah tahun ketiga ku menyambut ramadhan & syawal sebagai seorang isteri..begitu juga suamiku sebagai seorang suami dan menantu sulung.. ku tak merasa menjadi menantu kerana kedua orang tua suamiku telah pergi menghadap Ilahi ketika usianya masih muda..ketika masih belajar lagi..
sepanjang itu beliau hanya beraya di rumah kakaknya..menumpang kasih sehinggalah diketemukan jodoh denganku...alhamdulillah...kini  keluargaku adalah keluarganya juga dan yang paling penting sentiasa dapat mencium tangan mak dan ayah pada raya pertama..

setiap tahun kami akan pulang beraya kerana suamiku seorang pengajar..ku pula seorang suri rumah yang berjaya..hehe..jadi masalah cuti tiada langsung...untungkan...Allah sebaik-baik perancang...

apa yang paling seronok ketika berada di kampung...ku dan suamiku serta adik bongsuku bersatu padu membuat kuih-kuih raya,anyam ketupat,cuci tingkap,kemas rumah,tukar sarung kusyen,tukar langsir..seronok sangat...malamnya kami akan pusing-pusing Langkawi kerana waktu ini sangat meriah...tambah lagi pabila melihat anak-anak kecil bermain bunga api...orang memasak lemang...peronda-peronda polis pun sakan pusing kampung demi menjaga keamanan Langkawi tercinta..

lagi 2 hari ku akan pulang ke kampung..sungguh tak sabar rasanya...
kali ini berlainan sedikit kerana kami pulang melalui angin..ditemani awan-awan yang suci...jalan darat bukan pilihan kerana suami ingin berubah angin sekejap..ku turutkan saja...baik padanya,baik jugalah untuk ku..
persiapan raya 100% selesai...persalinan untukku dan suami selesai tanpa ada masalah seperti tahun lepas..baju raya untuk mak dan ayah pun selesai...untuk adik perempuanku juga siapku beli...alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya untuk tahun ini....

balik raya kali ni agak lama juga la..dari 24/7 sehingga 3/8 ..10 hari hah...sakan jugak la beraya..dah banyak plan dalam kepala otak ni...boleh spend time dengan kawan-kawan sekali..

pengakhiran ini, ku menyusun 10 jari memohon kemaafan dari hujung kaki hingga hujung rambut agar segala salah silap kami diampunkan..dalam kelekaan kita kadang-kadang kita melakukan kesilapan tanpa sedar, dalam kealpaan kita kadang-kadang kita terlepas cakap, dalam pada itu jugalah mulai terbit rasa bersalah kepada yang mengenali ku dan suami..semoga hidup kita terus diberkati Allah S.W.T..
amin amin amin ya rabbal alamin..



salam kasih syg dariku,
ain kaswa



No comments:

Post a Comment

thanks for comment yeahhh...<3 u