Friday, July 18, 2014

GULAI DAGING UTARA

assalamualaikum dan salam sejahtera uols...

waa hari ni kiter akan update pasal resepi GULAI DAGING UTARA yang paling simple giteww...
x de banyak bahan yang digunakan tapi rasanya tetap sama mcm gulai daging...ni resepi mak kiter..simple giler...haha

ok jom scroll down...





BAHAN-BAHAN 
  • daging 1/2 kilo - dihiris nipis dan kecil
  • ubi kentang 3 biji - dipotong 6
  • santan 1 kotak (kecil)
  • air 800ml (kalau pandai agak sendiri lagi bagus)
  • kerisik 3 sudu
  • serbuk kari daging Babas 1 paket
  • daun kari (lagi banyak lagi wangi)
  • bawang merah 3 biji
  • bawang putih 3 ulas
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • halba/jintan putih
  • garam

CARA -CARA 
  • mula-mula sekali campurkan serbuk kari daging + hirisan bawang putih/merah (separuh dari yg telah dihiris tadi) +kerisik + daun kari (6 helai).bancuh dulu semua ni dalam mangkuk..jangan terlalu cair..



  • tumis bawang merah/putih +kulit kayu manis +bunga lawang + halba/jintan putih + sedikit daun kari.. hendaklah ditumis sehingga naik bau ok..

  • masukkan bancuhan awal td (serbuk kari daging + hirisan bawang putih/merah +kerisik + daun kari) ke dalam tumisan.sentiasa kacau sehingga garing dan naik bau..jka kelihatan agak pekat tambah sedikit air.

  • kemudian masukkan daging yang telah dihiris.gaul seketika supaya rempah dan daging bersatu (maksudnya daging tu menyerap rencah rempah ni)..ini jugak salah satu proses untuk hilangkan hanyir daging..gaul sampai daging kelihatan masak..


  • setelah daging mulai serap rempah..perlu tambah air ye..mangkuk yang bancuh rempah tadi tu jangan masuk sinki terus..just campurkan dengan sikit air kemudian guna air kari tu untuk tambah dalam periuk..gaul seperti biasa.


  • so akan jadi macam ni lah...biar dulu sampai pecah minyak.


  • lepas tu baru boleh masukkan ubi kentang tadi..bila masak ubi kentang haruslah tambah air yang selebihnya ya..biarkan sampai menggelegak dan ambil garfu cucuk sikit kentang tu..kalau dah masak akan jadi lembut..


  • sekarang dah boleh masukkan santan..lepas masukkan santan terus kacau sebab nak elakkan santan jadi mcm berbiji. bila dah tengok ok dan sebati baru biarkan sampai kelihatan pecah minyak

  • last step biarkan sampai menggelegak..lepas tu tambah garam secukup rasa..kacau sekejap..tutup api..boleh la dihidangkan...
p/s : kepekatan bergantung pada anda ok..






SELAMAT MENCUBA!!








1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM .. mf ganggu sy fiera .. sy ada terbaca komen ain dlm blog cik sal.. ain pernah dgr tak produk ABP26 RED PREMIUM.???. kalau dah pernah cuba atau amalkan TAHNIAH kerana mengamalkan produk ajaib ni .. kalau tak pernah sy nk perkenalkan ABP26 RED PREMIUM ni kpd ain.. dgn kelebihan 12 IN 1yg mengandungi COLLAGEN,HONEY,DEXTROSE,MALTOSEDEXTRIN,L-GLUTHATIONE,APPLE STEM CELL,GOJI(LYCIUM BARBARUM),HABATUSSAUDA,LYCOPINE,MANJAKANI,LOBATA,KIWI(ACTINIDIA DELICIOSA),BLUEBERRY,(VACCUNUM MYRTILLUS),ROSELLE(HIBISCUS SABDARIFFA),PAPAYA(CARICA PAPAYA),SOURSOP,ANONA MURICATA,TOMATO(SOLANUM LYCOPERSIUM),NENAS BATU(ANANAS COMOSUS)APPLE JUICE(MALAS DOMESTICA) AND MANGO FOOD FLAVOR.
    RAMAI ARTIS YG MENGGUNAKAN PRODUK ABP26 INI SEPERTI DIDIE ALIAS,ZAIN SAIDIN,FIZZ FAIRUZ DAN RAMAI LAGI .. hubungi sy atau whatsapp di no 0128604194-ferayu @ bole check di page sy http://www.facebook.com/fierashopbeauty/.. tmksh ain sbb sudi membaca comment sy ..

    ReplyDelete

thanks for comment yeahhh...<3 u