Tuesday, July 22, 2014

ALTEL LANGKAH BARU UNTUK PENGGUNA BIJAK..!!




SAY 'alo to ALTEL!!
kenapa memilih ALTEL??? sedangkan ALTEL merupakan syarikat telco yang boleh dikatakan 'hijau'...anda silap jika fikir Altel tidak mampu untuk bersaing dengan syarikat telco lain yang sudah bertapak dengan sekukuh-kukuhnya...Altel adalah unit kepada Puncak Semangat Sdn. Bhd. (Puncak Semangat), iaitu syarikat pegangan di bawah Al-Bukhary Group bagi menumpukan sektor perkhidmatan teknologi maklumat.Puncak Semangat merupakan salah satu daripada lapan syarikat yang menerima peruntukan Evolusi Jangka Panjang (LTE) atau 4G oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tahun lalu.Pengenalan itu susulan daripada pengumuman kerjasama antara Celcom Axiata Bhd. (Celcom) dan Puncak Semangat untuk berkongsi peruntukan 4G yang diterima kedua-dua syarikat. Buat permulaan, Altel bakal menggunakan stesen pemancar milik Celcom.
Altel juga mempunyai 40MHz berbanding syarikat telco Digi,Maxis,Umobile,Celcom dan lain-lain yang hanya mempunyai 20MHz sahaja. Jadi jangan risau kalau anda duduk di ceruk mana sekalipun coverage altel boleh dibanggakan..

atas dasar semangat kemelayuanku ini..bila terdengar saja telco ini merupakan milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari iaitu usahawan & dermawan melayu yang berjaya ku terus decide untuk tukar telco ALTEL..dulu ku adalah pengguna tegar celcom..habis satu family ku promote untuk pakai celcom...ku adalah pelanggan setia mobile internet celcom yang dulunya sangat murah tetapi kini 1GB RM38 dengan extra 500MG..Peliknya ku hanya selalu surf fb dan hanya menggunakan whatsapp..instagram dan internet lain memang ku jarang on..tetapi tak sampai sebulan data dah limit...pelik..pelik...sekarangku dah beralih arah..baru je pakai prepaid ALTEL..alhamdulillah memang ku puas hati.kalau anda nak kekalkan nombor lama boleh..tiada masalah..ALTEL akan convertkan untuk anda tapi mungkin ambil masa dan dikenakan caj RM10 untuk kekalkan nombor lama.sebelum ni ku menggunakan simkad  32k tapi  simkad baru altel ni 64k tau...memang high speed la untuk LTE.NAK INFO LEBIH LANJUT KLIK LINK NI http://www.altel.my/my/faq#purchaseSIMPack

bagi yang nak bertukar nombor boleh beli pek simkad dengan harga semurah RM7 yang mana didalam sim kad tersebut ada kredit RM5..valid 30 hari ok..berbaloi kan..??? hehe kalau nak nombor cantik pek simkad berharga RM45 kalau x silap lah..ku tak kisah sangat pasal nombor asalkan dapat menikmati plan mobile internet murah dan laju..itu penting!!




melihatkan pelan standard local rate ni pon dah membuatkan ku tertarik dengan telco ni..murah giler nak surf internet even  tak langgan mobile internet...tapi kalau yang setia kepada pelan mobile internet boleh buat la perbandingan dengan telco lain( rujuk gambar bawah ni) ...memang tebaik!!



ku pakai yang 1GB siap boleh on blog lagi..kemain laju pulak tu...senyum meleret je...bila husband ku tengok je 'kegembiraan' ku ini dia pon terjebak nak bertukar ke telco Altel..hahaha...dia pengguna postpaid celcom..dengan tak banyak tanya dia terus ke branch celcom untuk terminate nombor celcom dia sebab dah meluat pakai postpaid...bil melimpah ruah..jenuh nak membayar..bila dia tukar pakai prepaid ni boleh la nak control sikit duit kalau tak duit habis ke bayar bil je...bankrup la camni...soalan pertamaku untuk husband...laju tak internet???...cewah senyum kemain sambil jawab lajuuuuuu....hahahaha..
tapi kalau anda nak kekalkan nombor lama,nombor lama tu pulak postpaid...anda kena settle kan dulu bil tertunggak dan terkini..kalau celcom sahih punya dia suruh tunggu sampai keluar bil 28hb..
leceh la nak tunggu..dah tu bil pasti akan meningkat...so caranya pergi terminated dulu nombor tu..cukup 28hb settlekan bil..selesai...
kalau nak langgan ALTEL POSTPAID package memang tak de lagi buat masa sekarang..yang available prepaid saja...ALTEL POSTPAID mungkin akan launching hujung tahun ni atau paling lewat pon awal tahun depan..


PELAN TIGA ENAM LIMA ALTELdalam pada itu,anda juga boleh extended validity maksudnya Lanjutkan tempoh aktif kredit sehingga 365 hari dan sentiasa berhubung sepanjang tahun. tempoh sah kredit boleh  dinikmati sehingga 365 hari hanya pada RM28.
Taip EXTEND dan hantar ke 25835jimatkannnn........mudahkannnnn.........bestkannnnn...hehe


Pelan Tambah Nilai..see and compare...we need to be a smart user right?


DENOMINASI – Fleksi – PIN-less, Easy ReloadTEMPOHDENOMINASI – Sederhana – Physical Scratch Cards & Soft PinsTEMPOH
 RM 3 – RM 43 hariRM 55 hari
 RM 5 – RM 95 hariRM 1020 hari
 RM 10 – RM 1920 hariRM 3060 hari
 RM 20 – RM 2945 hariRM 5090 hari
 RM 30 – RM 4960 hari
 RM 50 – RM 25090 hari
Perhatian: Denominasi Fleksi Flexi bermula daripada RM3 sehingga RM250 (kenaikan RM1)


untuk  FRIENDS & FAMILY PLAN pulak..sangat berbaloi...cakap lama mana pun kredit tak laju macam air...hewhew..lepas ni sakan la ku bergayut dengan mak..haha
untuk plan ni anda boleh daftarkan nombor celcom..tak de masalah...untuk telco maxis dan lain-lain ku tak sure pulak...boleh tanya pihak ALTEL atau abang-abang yang keje kat branch Altel..hehe




kat mana nak beli simkad ALTEL..ha boleh google link ni k..nak type pon terlalu banyak sangat..so bagi link je la eh..hehehttp://www.altel.my/my/where-to-buy

nak topup???...Topup boleh dibeli di Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB clicks, OnKing, Restoren Ali Maju dan Mydin store.

ok dah kot rasanya ku type entri tentang ALTEL...nak cerita panjang pon x guna..anda boleh click je link ni untuk info selanjutnya...
http://www.altel.my/my
kesimpulannya,ku sangat berpuas hati dengan speed ALTEL dan jugak kadar semua pelan dari ALTEL ni...laju..murah dan happy...hahaha..
so tunggu apa lagi...jom bertukar ke ALTEL...di samping itu support bisnes Melayu...
tahniah& syabas Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari kerana berjaya memecah monopoli telco di Malaysia!!


.................ainkaswa...............

Monday, July 21, 2014

RAMADHAN KIAN MENJAUH,SYAWAL BAKAL MENJELMA..



24 ramadhan ketika entri ini ku update..
tika ini terasa kerinduan yang teramat kepada keluarga di kampung..sepanjang bulan puasa ini ku tak pulang untuk sama-sama berpuasa di kampung kerana kekangan masa dan jugak bajet raya...maklum la kampung bukan dekat tapi jauh di Langkawi..semua memerlukan belanja yang besar jadi ku terpaksa bekorban seketika ini supaya aidilfitri nanti kami dapat berkumpul sekeluarga.

ini adalah tahun ketiga ku menyambut ramadhan & syawal sebagai seorang isteri..begitu juga suamiku sebagai seorang suami dan menantu sulung.. ku tak merasa menjadi menantu kerana kedua orang tua suamiku telah pergi menghadap Ilahi ketika usianya masih muda..ketika masih belajar lagi..
sepanjang itu beliau hanya beraya di rumah kakaknya..menumpang kasih sehinggalah diketemukan jodoh denganku...alhamdulillah...kini  keluargaku adalah keluarganya juga dan yang paling penting sentiasa dapat mencium tangan mak dan ayah pada raya pertama..

setiap tahun kami akan pulang beraya kerana suamiku seorang pengajar..ku pula seorang suri rumah yang berjaya..hehe..jadi masalah cuti tiada langsung...untungkan...Allah sebaik-baik perancang...

apa yang paling seronok ketika berada di kampung...ku dan suamiku serta adik bongsuku bersatu padu membuat kuih-kuih raya,anyam ketupat,cuci tingkap,kemas rumah,tukar sarung kusyen,tukar langsir..seronok sangat...malamnya kami akan pusing-pusing Langkawi kerana waktu ini sangat meriah...tambah lagi pabila melihat anak-anak kecil bermain bunga api...orang memasak lemang...peronda-peronda polis pun sakan pusing kampung demi menjaga keamanan Langkawi tercinta..

lagi 2 hari ku akan pulang ke kampung..sungguh tak sabar rasanya...
kali ini berlainan sedikit kerana kami pulang melalui angin..ditemani awan-awan yang suci...jalan darat bukan pilihan kerana suami ingin berubah angin sekejap..ku turutkan saja...baik padanya,baik jugalah untuk ku..
persiapan raya 100% selesai...persalinan untukku dan suami selesai tanpa ada masalah seperti tahun lepas..baju raya untuk mak dan ayah pun selesai...untuk adik perempuanku juga siapku beli...alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya untuk tahun ini....

balik raya kali ni agak lama juga la..dari 24/7 sehingga 3/8 ..10 hari hah...sakan jugak la beraya..dah banyak plan dalam kepala otak ni...boleh spend time dengan kawan-kawan sekali..

pengakhiran ini, ku menyusun 10 jari memohon kemaafan dari hujung kaki hingga hujung rambut agar segala salah silap kami diampunkan..dalam kelekaan kita kadang-kadang kita melakukan kesilapan tanpa sedar, dalam kealpaan kita kadang-kadang kita terlepas cakap, dalam pada itu jugalah mulai terbit rasa bersalah kepada yang mengenali ku dan suami..semoga hidup kita terus diberkati Allah S.W.T..
amin amin amin ya rabbal alamin..



salam kasih syg dariku,
ain kaswa



Friday, July 18, 2014

CARA BUAT KERISIK YANG SIMPLE..

kali ni entri bukan resepi tapi cara nak buat kerisik..
selalunya kerisik amat penting sebagai penambah rasa dalam masakan gulai atau kari  malah sedap dibuat sambal kerisik...

jom kiter dah sediakan cara dan gambar supaya mudah untuk anda yang baru nak belajar buat.


BAHAN-BAHAN
  • kelapa parut (kuantiti bergantung kpd anda)
CARA-CARA

panaskan kuali terlebih dulu lepas tu masukkan kelapa parut.



goreng sampai jadi warna macam ni ok..x nak ada putih-putih..
harus dikacau,tak boleh alpa ok nanti hangittttssss...



bila dah siap masak org x panggil kelapa parut dah..tukar nama jadi kerisik...hehe
kerisik tadi disejukkan sekejap,kemudian nak tumbuk boleh..nak giling boleh,nak blend boleh..
bila tumbuk atau giling...buat sampai lumat dan pecah minyak k..


ni la hasilnya bila dah ditumbuk...yang x pecah minyak k..sebab sengaja x bagi pecah minyak...


kalau nak tau mcm mana pecah minyak ni la rupanya..


ok uols..esok boleh buat ok..

GULAI DAGING UTARA

assalamualaikum dan salam sejahtera uols...

waa hari ni kiter akan update pasal resepi GULAI DAGING UTARA yang paling simple giteww...
x de banyak bahan yang digunakan tapi rasanya tetap sama mcm gulai daging...ni resepi mak kiter..simple giler...haha

ok jom scroll down...





BAHAN-BAHAN 
  • daging 1/2 kilo - dihiris nipis dan kecil
  • ubi kentang 3 biji - dipotong 6
  • santan 1 kotak (kecil)
  • air 800ml (kalau pandai agak sendiri lagi bagus)
  • kerisik 3 sudu
  • serbuk kari daging Babas 1 paket
  • daun kari (lagi banyak lagi wangi)
  • bawang merah 3 biji
  • bawang putih 3 ulas
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • halba/jintan putih
  • garam

CARA -CARA 
  • mula-mula sekali campurkan serbuk kari daging + hirisan bawang putih/merah (separuh dari yg telah dihiris tadi) +kerisik + daun kari (6 helai).bancuh dulu semua ni dalam mangkuk..jangan terlalu cair..



  • tumis bawang merah/putih +kulit kayu manis +bunga lawang + halba/jintan putih + sedikit daun kari.. hendaklah ditumis sehingga naik bau ok..

  • masukkan bancuhan awal td (serbuk kari daging + hirisan bawang putih/merah +kerisik + daun kari) ke dalam tumisan.sentiasa kacau sehingga garing dan naik bau..jka kelihatan agak pekat tambah sedikit air.

  • kemudian masukkan daging yang telah dihiris.gaul seketika supaya rempah dan daging bersatu (maksudnya daging tu menyerap rencah rempah ni)..ini jugak salah satu proses untuk hilangkan hanyir daging..gaul sampai daging kelihatan masak..


  • setelah daging mulai serap rempah..perlu tambah air ye..mangkuk yang bancuh rempah tadi tu jangan masuk sinki terus..just campurkan dengan sikit air kemudian guna air kari tu untuk tambah dalam periuk..gaul seperti biasa.


  • so akan jadi macam ni lah...biar dulu sampai pecah minyak.


  • lepas tu baru boleh masukkan ubi kentang tadi..bila masak ubi kentang haruslah tambah air yang selebihnya ya..biarkan sampai menggelegak dan ambil garfu cucuk sikit kentang tu..kalau dah masak akan jadi lembut..


  • sekarang dah boleh masukkan santan..lepas masukkan santan terus kacau sebab nak elakkan santan jadi mcm berbiji. bila dah tengok ok dan sebati baru biarkan sampai kelihatan pecah minyak

  • last step biarkan sampai menggelegak..lepas tu tambah garam secukup rasa..kacau sekejap..tutup api..boleh la dihidangkan...
p/s : kepekatan bergantung pada anda ok..






SELAMAT MENCUBA!!








Tuesday, July 15, 2014

KEGUGURAN BUAT PERTAMA KALINYA..

susahkan menjadi wanita...kena kuat mental dan fizikal untuk menghadapi segala kemungkinan yang tidak kita sangka..sudah suratan ku terima dengan redha walaupun hati ini sangat kecewa..

1 tahun 6 bulan menyulam kasih sebagai suami isteri...dan kami masih menantikan buah hati pengarang jantung yang pertama...akhirnya takdir memihak padaku.
pada 1 september 2013 ku rasakan seperti ada something yang mengalir rupanya 'spotted blood'..turun selama 2 hari saja..terdetik di hatiku adakah ku hamil...jika ya..Alhamdulillah...tp esoknya  buat upt tapi keputusan negatif,mungkin juga paras hormon hcg  masih rendah..fikirku nanti la hujung bulan baru repeat semula..tak nak la terlalu excited kan nanti riak pulak..

dalam bulan tu jugak ku perlu follow husbandku outstation di 3 tempat..teluk intan,taiping dan ipoh..
jauh perjalanan penat berpanjangan..dengan keadaan aku yang kurang sihat..selalu pening kepala dan cepat letih membuatkan 'percutian' kali ini tak seronok..apatah ditambah lagi secara tiba-tiba ku jadi kuat makan dan mual ketika gosok gigi..

MALANG TAK BERBAU..itulah peribahasa paling tepat untukku..setibanya kami di ipoh..pada hari kedua di sana,ku mula x sedap badan dan perasan perot sangat tak selesa..mula-mula aku terperasan ada darah bercampur lendir jernih..dan ketika buang air kecil pon ada ketulan darah seperti jejaring kelihatan dalam bowl..hati masa tu memang terasa sangat pelik..period kah tapi kenapa semakin memulas perutku..tak pernah aku rasa sebegini..

malam itu juga tiba-tiba aku cramp dr pinggang sampai kaki..Ya Allah sakitnya hanya Dia yg mengetahui...baring tak kena..mengiring tak kena..meniarap tak kena..sakit perut makin menjadi-jadi sampai ke tengah malam...
husband pulak mengantuk amat..letih kerja..ku memang dah merajuk habis..ye la masa tengah sakit ni la kita nak kan perhatian dia...dia pulak dah lali nak tidur...
lastly ku masak air...dan minum ketika suam...lepas tu masuk bathroom mandi air panas supaya kurang rasa sakit...pelik kenapa x da apa pon yang turun tapi hanya ketulan darah beserta lendir...dugaan apakah yang Kau berikan ini Ya Allah....

akhirnya sakit makin berkurang dalam pukul 4am..baru dapat tido sampai ke subuh...tapi seceliknya mata..kesakitan pon start jugak la...hadoiii...dengan husband nak pergi kerja lagi...tak sanggup nak bagitahu dia..ku diamkan je...sampai la dia dah pegi keja...sakit berkurang...
jam 11am sakit menyerang kembali....Allahurabbi....sakit giler pinggang dan kaki terasa kebas..ku kuatkan hati juga...ku bertahan selagi mampu...dalam pukul 3pm macam tu terasa nak kencing sangat-sangat...tapi bila duduk atas bowl tak kencing sebaliknya ketulan darah yang keluar...tergamam aku..struktur seperti hati ayam tp kecik je..merah pekat sangat...darah lain tak de pulak berjejer turun...ketulan tu je turun...dalam hati masa tu dah agak aku akan keguguran ni...menangis dan menangis dalam bilik hotel seorang diri..

sampai petang perut still memulas..malamnya husband ajak keluar..mulanya ku tak nak sebab sakit tapi lagi sakit rasanya bila memerap dalam bilik...malam tu ku ajak husband tgk wayang even perut tengah sakit sebab nak release tension..ku dah tau yg diri ini belum layak bergelar mommy...habis tengok wayang dalam pukul 12mn..aku  terasa nak kencing sangat-sangat...lari ke toilet..sekali cangkung...bersembur keluar dari 'syurga' itu...tergamam dalam toilet...darah berketul-ketul...banyak...ada besar ibu jari kaki..ada besar ibu jari tangan...ketulan darah tapi x de bleeding...pelik tak???..akan ku ingat 26.9.2013 kerana tarikh ini aku keguguran..

nak call husband tp handbeg pulak husband pegangkan...x kan nak lari keluar panggil dia masuk toilet pompuan...masa tu sedih sangat...berakhirlah impian nak menjadi mommy...
masa keluar dari toilet tu ku ceritakan pada husband...dia terkejut....down..sugul muka dia...
dalam kereta pon dia diam membisu...bersalahnya aku...
aku cuba motivate semangat dia walaupun aku lebih terluka...jerih menahan sakit rupanya si kecik x menjadi...Allahuakbar..sungguh hebat dugaan Mu menguji kesabaranku..

esoknya ku call mak di kampung...mak minta balik ke kampung untuk berubat sebab ku x nak ke hospital..
ku dah lost..down...sekembalinya dari Ipoh,dalam 1 minggu berada di selangor..lepas tu husband bawak ku balik kampung..di sana mak ada..seronok rasanya mak masakkan lauk orang berpantang...mak ajar cara bertungku...lepas bertungku..keluar lagi darah dalam 3 hari camtu la...mak berikan aku ubat tanak untuk kuatkan rahim...Alhamdulillah..baik mak jaga..itu la kehebatan kasih sayang seorang emak..

ketika ku menaip entri ni,usia perkahwinan sudah pon menginjak 2 tahun 7 bulan...kami masih lagi belum dikurniakan cahaya mata...
akan ku teruskan usaha tanpa putus asa...
akan ku teruskan berdoa tanpa rasa jemu..
keranaku tahu Allah itu sebaik-baik perancang...

wallahualam,

Monday, July 14, 2014

PRAY FOR GAZA

GAZA : Perang al'Asfu al Ma'kul yang bermaksud dedaun yang hancur berkecai yang dimakan ulat.


entri kali agak istimewa di hati ini kerana terkenangkan Gaza yang sedang berdepan dengan kemelut peperangan. Tiada apa yang mampu dizahirkan dengan kata-kata hanya sekadar menyeru anda semua untuk sama-sama berdoa ke atas Gaza supaya peperangan ini berakhir secepat mungkin tanpa melibatkan lebih banyak nyawa terkorban.

setiap ruang waktu ini saya mengikuti setiap perkembangan Gaza melalui satu page yang sentiasa berkongsikan peristiwa yang sedang berlaku di sana.
anda boleh klik https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial untuk sama-sama kita mengikuti setiap perkembangan di Gaza.





page ini juga telah melancarkan Kempen Derma RM10.
anda hanya perlu memasukkan duit ke akaun dalam gandaan 10 dan memaklumkan pihak page Aman Palestin bagi mendapatkan kupon dan resit.

AKAUN BANK atas nama Aman Palestin Berhad
Maybank : 562263010787
CIMB : 8600460353
Bank Islam : 12029010047880
RHB : 21245760004907
Muamalat : 12070005133717
Bank Rakyat : 220806195922

kupon seperti di bawah.



setakat ini CEO Aman Palestin,Ustaz Awang Sufian Awang Piut telah memberitahu bahawa Aman Palestin telah berjaya mengumpul sejumlah RM 5 juta untuk Tabung Kecemasan Gaza dan sebanyak  RM1.6 juta telah disalurkan ke Gaza sebagai bantuan permulaan.

misi bantuan perubatan malaysia ke gaza akan dihadiri oleh 5 orang doktor pakar. Insha Allah jika tiada aral melintang kesemua doktor kita yang mulia ini akan bertolak ke sana pada 18 Julai 2014 -Jumaat (20 ramadhan).Semoga Dr.Mohammad Nor Sundari (ketua), Dr. Zairul Nizam Zainol Fitri, Dr.Mafeitzeral Mamat, Dr.Hasbe Zuraina Abu Bakar dan Dr. Kamarul Al-Haq selamat pergi dan pulang. Moga Allah S.W.T merahmati kalian dalam membantu mangsa-mangsa Palestin.

Pelbagai kerosakan berlaku di bumi palestin akibat kerakusan Israel yang ingin menakluki Gaza..bukan hanya satu atau dua bedilan bom mahupun roket..tapi lebih dari itu sehingga menyebabkan kematian orang islam yang tidak berdosa.

rumah milik keluarga Abdul Raziq yang terkena bedilan roket Israel


jadi sebagai hamba Allah yang berhati mulia,sama-samalah kita merderma sedikit wang kita untuk membantu saudara kita di sana. Dalam sibuk mengejar keseronokan dunia,sambil-sambil lah kita mencari saham akhirat.

untuk lebih info anda boleh follow page Aman Palestin.

Sunday, July 13, 2014

RESEPI : PUDING TRIFFLE

PUDING TRIFFLE 

Waaa...sebut je puding trifle ni mesti terliur kan...mula la otak ligat berfikir puding yang bertingket-tingket tu..haha..dengan warna yang menarik perhatian perut...membuatkan anak tekak bergelora nak telan puding trifle ni..
mau gila selagi x dapat suap ke mulut..so apa lagi misi mencari barang-barang untuk menghasilkan puding ini di'laju'kan..haha..pantas sungguh kaki ini mengorak langkah ke kedai..teringin punya pasal...
kiter buat puding ni x de la menarik sangat..cukup sekadar nak masuk ke tekak sesedap rasa kan..
so kiter share resepi puding trifle ni...mana dapat resepi ni...kita pon selak buku resepi gak..try and error..tapi ni kali ke 3 dah buat..tapi baru terasa nak share kat blog...bajet yakin sikit la kan..muahehe

nampak x layer triffle..



ok jom start dengan penyediaan bahan-bahan..

  • kek swiss roll (kalau boleh elakkan yang perisa coffee/mocha/coklat sebab x sedap)
  • 1 cawan tepung kastad 
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu sejat (kiter guna gold coin je)
  • 1 tin air (sukat pakai tin susu sejat je)
  • 1 tin buah koktel (asingkan buah & air koktel)
  • kristal jelly & 400ml air (sebolehnya perisa strawberry la baru sedap) 
cara-caranya : 
  1. kek swiss roll dipotong setebal 1cm (boleh agak je nak potong besar mana). kemudian susunkan kek swiss roll tadi dalam mangkuk/loyang (nak cantik better pakai mangkuk kaca).lepas dah susun,tekan-tekan kek tu sampai padat sehingga tiada ruang. siram air jus koktel ke atas kek tadi supaya kek akan rasa moist gitew..dah siap yang boleh letak tepi dulu ok.
  2. untuk buat kastad pula satukan tepung kastad,gula,susu sejat  & air mengikut sukatan di atas..kacau dahulu sebelum letak atas api dikhuatiri tepung kastad x larut.lepas dah sebati semua adunan ni,baru letak atas api yang sederhana. dinasihatkan kacau sentiasa agar x hangit (berkerak)ok..jangan biar macam tu saja..apabila adunan kelihatan likat dan pekat..tutup api dan biar sekejap je.
  3. kemudian curahkan adunan kastad ke dalam bekas kek swiss roll tadi..biarkan sekejap..
  4. apabila adunan kastad sedikit sejuk..taburkan buah koktel di atasnya..tekan sikit ye bagi buah koktel masuk ke lapisan kastad tersebut.dah siap yang ni ketepikan dulu.
  5. sekarang boleh la ambil kristal jelly untuk topping..satukan 400ml air dengan kristal jelly di atas api yang sederhana,kacau sampai pekat dan likat..(boleh rujuk pada kotak kristal jelly)lepas tu curahkan kristal jelly atas puding trifle tadi sebagai topping..
  6. biar sekejap di luar supaya hilang wap panas..lepas tu boleh la simpan dalam peti ais,jika dibiarkan semalaman baru sedap...terasa sejuk,manis,lemak...sedappp!!!
kat bawah ni kita tunjuk sikit gambar-gambar di sebalik tabir..hehe

kek swiss roll yang dah disusun & dilenyek

layer kastard

kristal jelly brand nona

serbuk kristal jelly

lapisan koktel

ok..mudah je kan..lepas ni boleh bukak bisnes...hehe

SELAMAT MENCUBA!!


MAKAN ANGIN DI CAMERON HIGHLAND


Sajer letak pic dulu kan...haha..biar semangat korang membara sikit nak pergi cameron highland petik buah strawberry..

ok la...cerita ke cameron highland ni x la panjang mana sebab kiter pergi balik hari je...x tido sana pun sebab rumah dekat je..x la jauh sangat kan...
pergi pon sebab nak menunaikan hajat ayahanda kiter yang last jejak kaki kat cameron highland ni pada tahun 1986..kiter pun x wujud lagi..hehe

kali ni ke sana bawak mak ayah dan anak buah...kiter pon baru kali kedua ke cameron highland after kahwin..itupun tahun 2011..ni tahun 2014 baru jejak semula..
jam 6.30am kami bertolak dari rumah menuju ke sana...sanggup pergi awal-awal sebab takut x dapat petik buah strawberry..hehe..gigih sikit la kann...

kami sampai di Brinchang jam 9am itupun sebab dah berhenti kat RnR untuk breakfast dulu...
sampai je kat sana kami ke MARDI dulu..nak tengok apa yang menarik..nak masuk sini bertiket ok..murah je la..dewasa RM3/adult..maaf untuk yang kanak-kanak kiter x ingat sebab bawak mek tecik tu umur baru 2 tahun..masuk je dalam tu konon-konon la nak tengok pokok anggur sekali berpagar la...tinggal pokok bunga je boleh tengok dan sentuh...sedih!!
rasa macam masuk tu merugikan je..hurm...tapi terubat la jugak hati ni bila dapat makan strawberry coklat yang murah dan fresh giteww..haha..RM2/stick je..setiap stick ada dalam 4 biji buah strawberry...dah murah ape lagi...beli banyak-banyak makan kat situ...pulun kann...biasa la jarang jumpa..ada jual jugak jagung bakar fresh..jagung cameron ni lain sikit rasanya...lemak-lemak...
moh kiter jamu sikit gambar kat MARDI ni..


ini la kebunnye yang berpagar

 

sedap mak aii jagung bakarnya...



kemudian dah habis isi perot..kami bertolak ke tanah rata..dari MARDI kita kena keluar balik ke jalan utama tadi untuk terus naik atas lagi...memang atas betul la..bayangkan dengan jammed..sape bawak keta manual memang sakit la nak change gear sedia...hehe
disebabkan matahari dah semakin meninggi kami pun takut x sempat nak petik buah starwberry...so plan nak shopping giler tu dibatalkan...
destinasi kami adalah ke BIG RED STRAWBERRY FARM..jalan yang kecik itu penyebab jammed..bila dah naik tu jangan risau parking ok sebab banyak lagi parking kat atas berdepan dengan strawberry farm..cuma penat la naik lajak bukit ni..
rezeki bawak mak ayah agaknya,tup-tup sampai je dapat parking memang tengah-tengah..hehe..senyum je mak kan...nak shopping bunga-bunga..ayah pulak dah aim sayur-sayur...ayah kiter memang hantu segala sayur...tu muka awet muda je..haha
disebabkan dapat parking mudah..tepi tangga lagi..senang la nak naik atas shopping satu-satu..kat BIG RED STRAWBERRY FARM ni complete package tau..nak makan salad??ada...macam-macam jenis salad disediakan..nak ais cream strawberry??..ada..murah je...nak pancake strawberry??pon ada...pendek kata semua ada..tapi yang x sanggupnya kena beratur panjang...fuhhh...x pe la next time la datang lagi time weekdays..x leh datang time weekend..serabut..nak petik buah strawberry kena ke kaunter dulu..ambik bakul plastik yg cute tu dan gunting...lepas tu boleh la naik ke farm..nanti akan ada abang-abang mujibur tunggu sana aaa....hehe..nanti orang kat kaunter akan terangkan harga..
sambil memetik..masuk mulut sama la..x pe..abang2 mujibur ok je tengok pon buat tak tau...so makan je la dengan selamba..haha
moh kiter jamu lagi gambar..

aneka salad 
atas kepala kiter tu pokok anggur



belakang tu sayur salad yang ditanam guna kaedah hidroponik

taraaaa....



kembang anak mata tengok bunga kat sini..

ni ais strawberry RM1 je

budak comot makan x hengat..

mak...kawal nafsu mata makkk.....



dekat sini saja pun dah spend time almost 4hours..sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas..
kol 4pm kami bergerak balik...masa on the way tu plan nak singgah LADANG TEA BOH BHARAT tp sekali pegi tengok ladang teh kaler koko...dah kenapa....hurmm..x jadi laa...
nak naik ke sg.Palas leceh jammed lagi....so plan x jadi la...terus balik...driver dah cramp kaki..haha
so objektif ke cameron highland hanya nak petik buah strawberry...haha
apa pun hajat mak ayah dah ditunaikan..bukan main mak borong pokok-pokok bunga..kiri kanan pegang...ayah pun senyum je borong segala salad yang ada...apa pun yang penting mak ayah happy...

ok la sampai sini saja..nak belanja gambar banyak-banyak pun x de yang nice sangat..
so iols memang berani suggest sangat la BIG RED STRAWBERRY FARM ni....TERBAIK!!!